TWIN SISTER
D'NOVELISTAR


Assalamualaikum. Selamat membaca . Dilarang mencuri atau meniru mana-mana bahagian di dalam novel ini...

Home About Stuffs Follow Dash

Tagboard


Credits

Template: NURUL ATIQAH
BS's : ARRIEN INSPIRIT
other:NURUL NABILA
Owner: Aliyya & Heba

Twin Sister- Bab 1- Part 2
Saturday 20 July 2013 • 07:25 • 0 twin (s)
15 tahun kemudian...

"Liyya! Degil betullah budak ini. Sudah hampir pukul 6.30 ni!" rungut Arameera dengan lagaknya seperti ibu tiri yang kejam. Sebenarnya, Liyya yang salah kerana sudah hampir pukul 6.30, tetapi masih dibuai oleh mimpi. Hadooiii...  "Hmm... Ialah, Liyya bangunlah ini." dengan liatnya, Liyya bagun dan segera ketandas untuk mandi. Liyya dari kecil memang suka tidur. Berbeza pula dengan kakaknya, Arameera. Arameera memang seorang yang tegas, pandai dan matang. "Walaupun Liyya pandai,tidak semestinya tiada orang yang lebih pandai dari Liyya." dengan panjang lebarnya Meera bersyarah."Ya...Liyya tahu..." jawab Liyya dengan malas."Pergi ambil wudu' dan solat Subuh.Kemudian mandi.""Jika diarahkan bangun pagi pun susah,ini kan lagi diarahkan solat." kata Mira."Mira pun sama!" jeritan Meera membuatkan Liyya yang separuh sedar itu terkejut.Mira yang sedang melipat telekung juga terkejut.

 "Apa jerit jerit pada waktu macam ini?" soal Datuk Razif kepada anak anak perempuan kesayangannya. "Mira pun tak tahu." jawab Mira pendek."Mesti kamu uji kesabaran adik kamu ini kan?" Datuk Razif memang sudah maklum dengan perangai anak sulungnya yang suka menguji kesabaran adiknya itu. "Tidak perlu menipu,papa sudah tahu. Oh ya,minggu depan kamu cuti bukan?" soal Datuk Razif lagi. "Ya,kenapa papa tanya?" jawab Liyya yang sedang mengambil Al-Quran untuk dibaca. "Tiada apa apa. Liyya terus mandi ya. Papa hendak ke MidValley selepas ini." kata kata papa mereka membuatkan Mira teruja tetapi  Meera dan Liyya tidak teruja. "Papa,kami ada kerja nak buatlah minggu ini. Minggu hadapan boleh? Lagipun minggu hadapan cuti." kata Liyya membuatkan mereka semua tersentak. "Sudah matang rupanya anak mama ini. Malah, lebih matang daripada kakak sulungnya." perli Datin Araisyah.
_________________________________________________________________________________

 "Liyya,Mira bangun solat, kemudian bersiap untuk ke sekolah." Datin Araisyah mengejutkan anak anak daranya itu dengan nada suara yang rendah."Mama tidak perlulah kejutkan mereka, biar saya sahaja yang kejutkan." Meera menawarkan diri untuk membantu mamanya. "Ya,baiklah. Lagipun kamu bukan macam mereka berdua." sambil tersenyum,Datin Araisyah membenarkan anaknya megejutkan anak dara yang dua orang itu.



+ +